X

Kindly register in order to view this article
!

Hong Kong tidak lagi bebas

Kumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi melaungkan slogan membantah undang-undang keselamatan baharu diluluskan China pada Selasa lalu. - Foto AFP
A
A

HONG KONG - Kebebasan di Hong Kong kini berakhir selepas bandar raya terbabit mula terkesan dengan pelaksanaan undang-undang keselamatan baharu yang telah berkuat kuasa di bandar raya itu sejak Rabu lalu, sehari selepas ia diluluskan oleh Parlimen China.

Di bawah peraturan baharu tersebut, slogan protes popular ‘bebaskan Hong Kong, masa revolusi kita’ telah dianggap sebagai satu jenayah dan melanggar undang-undang kontroversi terbabit.

“Slogan tersebut membawa maksud yang menggesa pemisahan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) daripada China atau mengubah status atau menggulingkan kuasa,” ujar jurucakap pemerintah Hong Kong lewat kelmarin.

Sebelum ini, pemerintah berulang kali menyatakan undang-undang keselamatan baharu tersebut tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara dan hak lain di hab kewangan Asia terbabit.

Bagaimanapun, kira-kira 370 individu diberkas ketika ulang tahun ke-23 penyerahan Hong Kong daripada pemerintahan British kepada China dan 10 daripada didakwa melanggar undang-undang baharu terbabit pada Rabu lalu.

Hari ini, seorang lelaki yang menunggang motosikal dan didakwa merempuh sekumpulan anggota polis dengan sengaja menjadi individu pertama yang didakwa di bawah undang-undang keselamatan tersebut.

Tong Ying-kit, 23, berdepan dua tuduhan termasuk menghasut pemisahan.

Dalam perkembangan berkaitan, China telah melantik Zheng Yanxiong yang terkenal dengan pendekatan tegasnya terhadap penunjuk perasaan ketika protes di Guangdong pada 2011 sebagai Pengarah Pejabat Keselamatan Negara baharu mereka di Hong Kong yang akan mengawasi pelaksanaan undang-undang tersebut. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf