Mayat berulat dikenal pasti, dua lelaki ditahan

Penemuan mayat wanita yang dilaporkan Sinar Harian.
Penemuan mayat wanita yang dilaporkan Sinar Harian.
A
A
A

TAPAH - Polis menahan dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita yang sudah berulat di sebuah ladang kelapa sawit di Bidor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dua suspek itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Katanya, serbuan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tapah berjaya menahan suspek di Tanjung Tualang dan Jalan Patani, Pulau Pinang pada semalam dan kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat wanita separuh bogel ditemui berulat

"Kita masih menyiasat motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, identiti mayat wanita yang ditemui dalam keadaan berulat di sebuah ladang kelapa sawit di Bidor, Isnin lalu dikenal pasti berusia 47 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati satu laporan polis dibuat oleh saudaranya selepas mangsa tidak pulang ke rumah sejak 9 Jun lalu,” katanya.

Pada 30 Jun lalu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam pada jam 1.45 petang dan siasatan awal di lokasi kejadian menemui kesan seretan pada permukaan tanah tetapi tiada sebarang senjata ditemui.

Artikel Berkaitan: