Dua cedera gas pemampat peti sejuk meletup

Dua mekanik cedera selepas gas pemampat peti sejuk meletup di sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Maharani, Muar, Johor hari ini.
Dua mekanik cedera selepas gas pemampat peti sejuk meletup di sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Maharani, Muar, Johor hari ini.
A
A
A

MUAR - Dua mekanik cedera akibat letupan gas pemampat peti sejuk di sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Maharani di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.54 petang itu, Edwin Palatus, 30, dan Elby Monni, 19, sedang membaiki peti sejuk sebelum tiba-tiba meletup.

Berikutan itu, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Tangkak dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayub berkata, mereka dibantu dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT).

"Kesan letupan tersebut kedua-dua mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dengan menaiki EMRS BBP Muar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan dilakukan sebelum operasi tamat pada jam 5.18 petang.

Artikel Berkaitan: