Dua cedera Perodua Myvi terbabas

Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan diserahkan kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut. - Foto JBPM Perak
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan diserahkan kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut. - Foto JBPM Perak
A
A
A

BIDOR - Dua cedera selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai terbabas dekat Jalan Besout, di sini awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita.

Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas dan menyebabkan dua mangsa cedera.

"Seorang mangsa iaitu pemandu wanita tersepit manakala seorang lagi mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan diserahkan kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Tarmizee Hassan itu tamat pada jam 5.55 pagi. - Awani