Wanita berbogel di Wakaf Che Yeh diarah jalani ujian mental

Mahkamah memerintahkan wanita berusia 31 tahun itu menjalani pemeriksaan tersebut di Hospital Permai Johor Bharu, Johor.
Mahkamah memerintahkan wanita berusia 31 tahun itu menjalani pemeriksaan tersebut di Hospital Permai Johor Bharu, Johor.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita yang menggemparkan orang awam kerana berbogel di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini, Disember tahun lalu diarah menjalani pemeriksaan mental oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli memerintahkan wanita berusia 31 tahun itu menjalani pemeriksaan tersebut di Hospital Permai Johor Bharu, Johor.

Sebelum itu, ibu tunggal terbabit didakwa mengugut seorang warga emas, Zahrah Ismail, 78, dengan mengacukan pisau terhadap mangsa di lokasi sama kejadian pada jam 3.20 petang, 16 Disember 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengacukan pisau sehingga terkena jari mangsa pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam awam.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 21 Februari depan.

Artikel Berkaitan: