740 mangsa banjir di Johor masih di PPS

Rumah penduduk di Kampung Sri Gambut Pekan Nanas Pontian yang masih ditenggelami banjir hari ini.
Rumah penduduk di Kampung Sri Gambut Pekan Nanas Pontian yang masih ditenggelami banjir hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 740 mangsa banjir daripada 191 keluarga di Muar, Pontian, Batu Pahat dan Kulai masih ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, penduduk di kawasan rendah dan biasa dinaiki air diminta berwaspada apabila berlaku hujan lebat dan segera berpindah ke PPS disediakan apabila diarahkan.

"Ini kerana dijangka hujan melebihi 50mm hari ini terutama di barat dan selatan negeri ini apabila semua stesen meteorologi utama di Johor telah merekodkan bacaan hujan melebihi purata bagi bulan Jun.

"Pada hari-hari berikutnya, dijangka jumlah turunan hujan kurang daripada 20mm di kebanyakan kawasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan banjir di negeri itu dan membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Artikel Berkaitan: