Remaja cedera tergelincir ketika mendaki

Remaja cedera diberi rawatan awal oleh anggota bomba selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Bangkong, Chemor hari ini. - Foto JBPM Perak
Remaja cedera diberi rawatan awal oleh anggota bomba selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Bangkong, Chemor hari ini. - Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang remaja lelaki patah tangan kanan dan cedera di lutut serta dahi selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Bangkong, Chemor di sini hari ini.

Mangsa berusia 16 tahun itu tergelincir berhampiran puncak bukit setinggi 311 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, sepasukan 12 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima laporan kejadian jam 8.36 pagi.

“Anggota bomba mendaki bukit itu selama 40 minit untuk membantu mangsa dan memberi rawat awal.

“Mangsa yang cedera dipimpin sebelum dibawa turun dengan kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pegawai kesihatan untuk rawatan susulan dan operasi ditamatkan pada jam 10.18 pagi.

Artikel Berkaitan: