X

Kindly register in order to view this article
!

Ibadah korban perlu kebenaran kadi, vaterinar

Tosrin menunjukkan kenyataan berkenaan kebenaran solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan solat fardu lima waktu di semua masjid dan surau di Johor, selepas sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Masjid dan surau di negeri ini yang mengadakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu mendapatkan kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan Jabatan Veterinar Daerah.

Exco Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, pihak pengurusan perlu melakukan permohonan dua minggu sebelum tarikh mengadakan ibadah korban selain menyatakan lokasinya ibadah itu.

"Pelaksanaan ibadah korban pula mengehadkan 20 individu sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin.

Tosrin berkata, hanya 31 pusat penyembelihan di seluruh negeri diberikan lesen untuk ibadah korban yang melibatkan 17 pusat penyembelihan tetap dan 14 pusat penyembelihan sementara.

Katanya, mereka yang melakukan sembelihan di pusat penyembelihan tersebut kemudian boleh melapah dan mengagihkan daging korban di masjid atau surau di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, ibadah korban tahun ini terpaksa dihadkan berikutan PKPP berbanding 587 program korban yang diadakan tahun lalu di masjid dan surau seluruh Johor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus