Lagi kluster baharu disyaki berkaitan aktiviti kunjung-mengunjung

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, selepas lima kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks itu adalah seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang yang dikesan positif pada 5 Jun lalu.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati, bahawa empat ahli keluarga beliau iaitu dua orang anak dan dua cucu juga telah dikesan positif Covid-19.

"Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain. Siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan dan setakat ini seramai 29 orang dikenal pasti serta disaring," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan kluster tersebut masih dalam siasatan.

"Namun penularan Covid-19 disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung," katanya.

Artikel Berkaitan: