Rumah jual air ketum diserbu

Bungkusan air ketum yang dirampas.
Bungkusan air ketum yang dirampas.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki yang menjadikan sebuah rumah di Felda Serting Hilir 2, Bandar Seri Jempol di sini, sebagai lokasi menjual air ketum ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan polis dalam Op Tapis dilakukan olah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol jam 2.20 petang.

"Dalam serbuan dilakukan, sebanyak 42 bungkusan plastik berisi air disyaki air ketum yang disimpan di dalam satu tong penyejuk yang disimpan di bahagian dapur rumah itu telah dirampas.

"Anggaran isi padu air ketum tersebut adalah kira kira 42 liter yang dianggarkan bernilai RM420,"katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Khairiel
Mohd Khairiel

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada air ketum itu dimasak di rumah berkenaan atau di tempat lain berikutan tiada sebarang kesan menunjukkan air ketum itu dimasak di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, ujian air kencing dilakukan terhadap suspek adalah negatif dan dia tiada rekod jenayah lampau.

"Operasi ini memberi mesej yang jelas kepada penjual serta pengguna air ketum bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti ini tidak akan terlepas dari tindakan undang undang," katanya.

Artikel Berkaitan: