Kerajaan lulus Bantuan Prihatin Elektrik tambahan RM942 juta

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan berjumlah RM942 juta kepada 7.66 juta pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil yang dialami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah akan menikmati bekalan elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

"Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

"Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

"Sekiranya pengguna dengan penggunaan sebulan 300kWj ke bawah telah membuat bayaran bil bagi bulan April, Mei dan Jun, bayaran tersebut akan dikreditkan semula ke dalam bil bulan Julai 2020," katanya pada sidang akhbar khas di Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Shamsul Anuar berkata, bagi pengguna dengan penggunaan elektrik 300kWj ke atas dan menerima potongan bil sehingga RM231 untuk tempoh tiga bukan di dalam bil bulan Julai ini.

Katanya, dengan tambahan peruntukan baharu RM942 juta itu, jumlah diskaun keseluruhan yang diberikan pengguna elektrik bagi tempoh 1 April sehingga 30 Disember 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion.

"Dana Bantuan Prihatin Elektrik ini dibiayai oleh kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

Artikel Berkaitan: