Covid-19: Angka korban global meningkat lebih 451,000

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,000 kes dan paling teruk terjejas dengan jumlah jangkitan kumulatif 2.18 juta kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,000 kes dan paling teruk terjejas dengan jumlah jangkitan kumulatif 2.18 juta kes.
A
A
A

Angka kematian akibat Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah kumulatif kematian global kini lebih 451,000.

Statistik Johns Hopkins University juga menunjukkan kes positif di seluruh dunia kini meningkat kepada 8.42 juta kes dengan kira-kira 200,000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,000 kes dan paling teruk terjejas dengan jumlah jangkitan kumulatif 2.18 juta kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 46,000 dan 42,000 kes korban pandemik itu.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 18,000 kes.

Artikel Berkaitan: