Taman Eko-Rimba dibuka bulan depan

 Semua 14 Taman Eko-Rimba dan aktiviti pendakian gunung di Hutan Simpan Kekal tanpa bermalam akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Gambar hiasan.
Semua 14 Taman Eko-Rimba dan aktiviti pendakian gunung di Hutan Simpan Kekal tanpa bermalam akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Semua 14 Taman Eko-Rimba dan aktiviti pendakian gunung di Hutan Simpan Kekal tanpa bermalam akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Notis Jabatan Perhutanan Perak memaklumkan aktiviti tersebut boleh dilakukan bermula 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Operasi berkenaan mengambil kira keperluan jabatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Proses nyahkuman dan disinfeksi di semua taman dilaksanakan, menyediakan kelengkapan serta peralatan saringan kesihatan dan lain-lain keperluan sebelum dibuka kepada orang awam,” katanya.

Menurutnya, pengunjung dinasihatkan sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial satu meter.

“Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pengunjung,” katanya.

Artikel Berkaitan: