Bas bawa 13 kakitangan KKM musnah 85 peratus dalam kebakaran

SEREMBAN - Sebuah bas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbakar berhampiran Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Senawang arah selatan di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, seramai 13 penumpang yang merupakan kakitangan KKM dan seorang pemandu, dilaporkan selamat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya tiba di lokasi pada jam 12.16 tengah hari.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas milik KKM yang sedang marak terbakar di bahu jalan.

"Api berjaya dikawal jam 12.20 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1.19 petang. Bas terbabit musnah 85 peratus," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

