Penghadang jambatan di Pulau Pinang perlu dikaji

Kon Yeow ketika hadir merasmikan majlis pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam.
Kon Yeow ketika hadir merasmikan majlis pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH- Pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) disaran untuk mengkaji penghadang jambatan yang sedia ada di kedua-dua jambatan itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, keperluan untuk mengkaji penghadang sedia ada perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin.

"Saya minta semua pihak berkenaan untuk kaji kemungkinan sama ada penghadang sekarang tak cukup tinggi atau rendah atau tidak mengikut piawaian ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut kejadian membabitkan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut kelmarin.

Beliau yang ditemui ketika majlis pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam, berkata, keperluan untuk mengkaji penghadang jambatan perlu dilakukan bagi memastikan sejauh mana tahap keselamatan ketika berlaku kemalangan.

"Mungkin penghadang sedia ada hanya sesuai untuk kemalangan biasa, namun bukan untuk kemalangan yang berisiko tinggi.

"Bagaimanapun kita harap pihak berkaitan dapat membuat kajian menyeluruh terhadap penghadang sedia ada di jambatan Pulau Pinang," katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sebuah kereta terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jambatan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: