Taska Genius Perpaduan beroperasi 16 Jun

Taska Genius Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dibenarkan beroperasi mulai 16 Jun ini.
Taska Genius Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dibenarkan beroperasi mulai 16 Jun ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Operasi Taska Genius Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mula dibenarkan beroperasi 16 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu hari ini, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pemulihan yang diadakan semalam.

"Pembukaan Taska Genius Perpaduan adalah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

"Ia juga berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya.

Pembukaan Taska Genius Perpaduan itu tertakluk kepada garis panduan seperti aktiviti dan protokol oleh pendidik sebelum, semasa dan selepas taska beroperasi, tanggungjawab ibu bapa atau penjaga sebelum menghantar anak-anak, semasa tiba dan semasa menjemput pulang dari taska.

Ketika ini, Kementerian Perpaduan Negara mempunyai 41 Taska Genius Perpaduan di seluruh Malaysia dengan kanak-kanak sejumlah 947 orang.

Artikel Berkaitan: