Kantoi cuba seludup keluar susu ke Indonesia

Cubaan membawa pelbagai jenis susu ke Batam, Indonesia berjaya dipatahkan Maqis semalam.
Cubaan membawa pelbagai jenis susu ke Batam, Indonesia berjaya dipatahkan Maqis semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar produk susu ke Indonesia berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Jeti Kastam Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor pagi semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, hasil pemeriksaan jam 11 pagi itu menemukan beberapa produk susu pelbagai jenis yang dimuatkan dalam sebuah kotak.

"Berat keseluruhan dianggarkan 45.5 kilogram (kg). Barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM5,790 dipercayai cuba dibawa keluar untuk pasaran Pulau Batam, Indonesia.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, konsainan berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang permit eksport yang dikeluarkan oleh Maqis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, suspek berusia 54 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengeksport keluaran pertanian tanpa suatu permit yang sah.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tegasnya, Maqis amat komited dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi aktiviti import dan eksport keluaran pertanian di pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk dan keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

"Kepada orang awam khususnya warganegara asing yang tinggal di Malaysia yang ingin membawa keluar barangan yang di bawah kawalan Maqis hendaklah merujuk kepada pihak Maqis terlebih dahulu walaupun

Artikel Berkaitan:

barangan yang dibawa adalah dalam kuantiti sedikit bagi mengelakkan tindakan undang–undang dikenakan kepada mereka," katanya.