Bungkus ketum dalam rumah kosong

Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah kosong di Padang Besar, Perlis, Isnin lalu, yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan daun ketum.
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah kosong di Padang Besar, Perlis, Isnin lalu, yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan daun ketum.
A
A
A

PADANG BESAR - Dua buah rumah kosong, di sini yang dipercayai dijadikan stor dan tempat pembungkusan daun ketum dibongkar menerusi Ops Benteng Covid, Isnin lalu.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi tersebut telah merampas 1,790 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM53,700.

"Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi di Kampung Syed AB Kok Mak dan pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui 33 guni putih berisi daun ketum seberat 990 kg.

"Dianggarkan daun ketum ini bernilai RM29,700," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah kosong di Padang Besar, Perlis, Isnin lalu, yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan daun ketum.
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah kosong di Padang Besar, Perlis, Isnin lalu, yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan daun ketum.

Abdul Ghani berkata, serbuan seterusnya kira-kira jam 10.30 malam di Kampung Batu 20 telah bertindak merampas 25 guni daun ketum seberat 800 kg yang bernilai RM24,000.

Tambahnya, kesemua rampasan telah dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut dan akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Siasatan awal kita percaya rumah kosong dan tidak bernombor itu dijadikan sebagai tempat pembungkusan sebelum daun ketum itu akan diseludup keluar ke negara jiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan terus melaksanakan operasi dari masa ke masa dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan.