Sejak bila menari jadi tradisi peguam?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menegaskan beliau tidak pernah mendengar menari adalah tradisi guaman seperti dikatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurutnya, ia mungkin adalah tradisi guaman Barat kerana budaya negara dan bangsa mereka banyak yang berparti dan berpesta sambil mabuk dan bawah pengaruh dadah.

Jadi, mereka menyerap budaya bangsa mereka ke dalam bidang guaman supaya mereka tidak terlalu tertekan, ada hiburan untuk mereka.

“Walaupun budaya Barat, tidak pernah pula Ketua Hakim mereka menari sepentas dengan Peguam Negara dan Menteri Undang-udang serta peguam-peguam kanan.

“Tiada masalah jika hakim menari dengan hakim, Peguam Negara menari dengan DPP (Timbalan Pendakwa Raya), peguam menari dengan peguam sahaja sebab antara mereka ada batas dan etika pergaulan,” katanya di laman Facebook beliau.

Begitupun, katanya, mungkin akan ada pihak mengatakan mereka profesional dan tidak akan terpengaruh dengan Peguam Negara meskipun menari bersama.

“Undang-undang etika tidak peduli apa dirasai tuan punya badan yang memikul tetapi undang-undang etika peduli apa yang dipandang mata orang awam.

“Jika orang awam berpendapat ia tidak beretika maka tidak beretikalah kamu.

Artikel Berkaitan:

“Selepas ini jika kamu ada kes dihakimi Ketua Hakim Negara dan beliau membuat keputusan memihak Peguam Negara, adakah kamu yang kalah dalam kes itu percaya dengan kebebasan sistem kehakiman lagi?” soalnya.

Semalam, tular sebuah video menunjukkan aksi Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menari twist di pentas.

Insiden itu dirakam pada majlis makan malam 'Opening of Legal Year 2019' anjuran Sabah Law Society di Kota Kinabalu, Jumaat lepas.

Aksi berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial termasuk pihak pembangkang antaranya Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan kelakuan itu sebagai memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara kerana ia melibatkan soal integriti badan kehakiman.

[ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tari-menari tradisi peguam]