X

Kindly register in order to view this article
!

Pulau Pinang tetapkan pendirian Selasa ini

Chow Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan kerajaan dengan meneliti prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada 9 Jun iaitu Selasa ini sebelum satu kenyataan dikeluarkan.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan selepas mesyuarat tersebut bagi mengumumkan keputusan dan ketetapan Kerajaan Pulau Pinang mengenai pelaksanaan PKPP.

"Kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada Selasa, 9 Jun ini bagi meneliti pelaksanaan PKPP dengan SOP sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mesyuarat berkaitan.

"Kerajaan Pulau Pinang mengambil maklum akan pelaksanaan PKPP yang diumumkan Perdana Menteri tadi. Strategi ini sejajar dengan usaha mencapai keseimbangan antara kesihatan awam dengan kehidupan rakyat," katanya dalam satu kenyataan medianya tadi.

Tambahnya, pembukaan secara berperingkat sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan keagamaan bertujuan mencapai normalisasi pasca Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!