X

Kindly register in order to view this article
!

TLDM guna elemen 6D kekang pencerobohan bot asing, jenayah rentas sempadan

A
A

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengetengahkan konsep 6D ke dalam elemen cegah rintang dalam mengekang pencerobohan bot pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.

Konsep 6D berkenaan adalah Pencegahan (Deter), Pengesanan (Detect), Penghindaran (Deny), Pelencongan (Detour), Penahanan (Detain) dan Pengusiran (Deportation).

Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Lekiu, Kpt Shaiful Nizam Abdul Manan berkata, konsep 6D berkenaan dilaksanakan menerusi atur gerak aset TLDM, KD Lekiu dan helikopter Super Lynx.

Beliau berkata demikian kepada Bernama yang mengikuti Op Benteng bagi mengawasi perairan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar perairan Selat Melaka Utara.

Menerusi pelaksanaan bersepadu antara agensi operasi benteng (Op benteng) turut menggunakan pendekatan konsep 6D yang diaplikasikan dalam elemen cegah rentang aset-aset milik TLDM.

"Konsep berkenaan dilihat mampu diterap sesuai dengan kemampuan serta keupayaan kapal perang milik TLDM dalam menghadapi ancaman luar.

“Keupayaan khusus daripada segi sensor di atas kapal ini juga mampu melaksanakan pengawasan dalam mengekang unsur-unsur PATI daripada menghampiri perairan wilayah maritim negara," katanya.

Shaiful Nizam turut mengambil contoh penggunaan helikopter Super Lynx pada 16 April lepas apabila TLDM bersama tentera udara berjaya memintas 200 PATI daripada menceroboh masuk ke perairan negara.

"Penggunaan Super Lynx berjaya menghindari bot PATI daripada memasuki perairan Selat Melaka Utara negara dan dengan itu kami juga mampu mengelakkan sebarang cubaan pendaratan bot-bot ini sekali gus mengiringi mereka keluar dari perairan negara," katanya.

Pada 16 April, Bernama melaporkan kira-kira 200 PATI etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus