X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas Pahang gesa SPRM siasat Guan Eng, Tommy

Zulfadli (depan, tiga dari kiri) bersama ahli Pemuda Pas Pahang tampil membuat laporan kepada SPRM semalam berhubung isu dakwaan salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan dan bekas Peguam Negara.
A
A

KUANTAN - Pemuda Pas Pahang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ketua Penerangannya, Zulfadli Zakariah berkata, pihaknya telah membuat laporan kepada SPRM petang semalam selepas melihat surat berhubung arahan menarik balik pembekuan semua akaun milik seorang taikun hartanah yang ditandatangani Tommy.

Menurutnya, surat daripada Pejabat Peguam Negeri yang didedahkan sebuah portal itu dilihat seperti wujud penyalahgunaan kuasa ketika mereka memegang jawatan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Surat bertarikh 14 Jun 2019 tersebut adalah jawapan kepada surat daripada Lim Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 berhubung permohonan untuk melepaskan akaun-akaun bank milik individu itu yang dibekukan untuk disiasat berhubung transaksi dana berkaitan 1MDB.

"Surat tersebut jelas menyatakan arahan menarik balik pembekuan akaun itu oleh Peguam Negara ketika itu merujuk kepada permohonan Lim Guan Eng.

"Oleh demikian, Pemuda Pas Pahang mendesak satu siasatan terhadap Guan Eng dan Tommy Thomas di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Melaka lapor polis terhadap Guan Eng


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!