Pengurus syarikat bongkar sindiket jual MC palsu

Mohd Padzli (tengah) dan Timbalannya, Superintendan Lim Jit Huey (kiri) menunjukkan salinan surat MC palsu yang dijual sindiket kepada pekerja sekitar Johor Bahru dan negara jiran pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Larkin, Johor Bahru hari ini.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Perasaan curiga seorang pengurus di sebuah syarikat swasta terhadap pekerjanya yang kerap cuti membongkar kegiatan sindiket menjual sijil cuti sakit palsu (MC) sejak tiga bulan lalu.

Pengurus berkenaan menyedari surat MC yang mempunyai nama pegawai perubatan dan cap dari sebuah hospital kerajaan sebelum melakukan pemeriksaan dengan hospital terbabit adalah palsu lalu membuat laporan polis pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakukan siasatan dan menahan ahli sindiket tersebut.

"Pihak JSJ IPD Johor Bahru Selatan membuat tiga serbuan kelmarin pada jam 12.30 tengah hari, 5 petang dan 7 malam di sebuah rumah dan dua buah kilang di kawasan Kempas, Permas Jaya dan Taman Mount Austin di sini.

"Kita menahan tujuh orang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 18 hingga 50 tahun.

"Kita turut merampas 100 buah buku MC palsu yang setiap satunya mengandungi 100 helai surat MC," katanya pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Mohd Padzli (tengah) dan Timbalannya, Superintendan Lim Jit Huey (kiri) menunjukkan salinan surat MC palsu yang dijual sindiket kepada pekerja sekitar Johor Bahru dan negara jiran pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Larkin, Johor Bahru hari ini.
Mohd Padzli (tengah) dan Timbalannya, Superintendan Lim Jit Huey (kiri) menunjukkan salinan surat MC palsu yang dijual sindiket kepada pekerja sekitar Johor Bahru dan negara jiran pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Larkin, Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata, menerusi siasatan, setiap helai surat MC palsu itu dijual pada harga RM30 dan dibeli pekerja syarikat swasta dan kilang sekitar daerah ini termasuk mereka yang bekerja di negara jiran.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini katanya, lebih 300 helai surat MC palsu sudah dijual dengan nilai dianggarkan kira-kira RM9,000.

Menurutnya, semua suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil jalan mudah untuk mendapat keuntungan dengan menjual surat MC palsu.