Fridge magnet pembunuh senyap

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

LAPORAN Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebut pandemik koronavirus 2019 (Covid-2019) telah melahirkan lockdown generation. Generasi yang banyak menghabiskan masa di dalam bilik dan melakukan pelbagai hobi unik secara bersendirian.

Antaranya mengumpul fridge magnet. Penulis pernah bertemu seorang sahabat lama yang sanggup berbelanja besar untuk membeli fridge magnet ketika berada di London, Britain. Penulis juga memiliki hobi unik mengumpul miniature car dan sanggup berbelanja besar jika bertemu model idaman.

Begitupun, penulis terperanjat apabila menerima e-mel daripada sahabat lama penyelidik di Princeton University, universiti Ivy League swasta berpangkalan di New Jersey, Amerika Syarikat. Pasukan penyelidik Princeton University membuktikan ‘magnet peti sejuk’ boleh menyebabkan barah selepas ujian guinea pig dilakukan ke atas tikus.

Penyelidik Princeton University mendapati magnet peti sejuk mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Kajian itu bagaimanapun tidak disahkan secara rasmi oleh Princeton University kerana pasukan penyelidik masih belum menyelesaikan ujikaji pertama untuk mengetahui bagaimana pancaran radiasi tersebut boleh menyebabkan barah.

Sejak beberapa bulan, kumpulan tikus pertama diberi makanan dari peti sejuk biasa. Kumpulan tikus kedua diberi makanan yang dalam peti sejuk dilekatkan beberapa magnet peti. Laporan itu menyatakan objektif eksperimen itu adalah untuk melihat bagaimana radiasi elektromagnetik terbentuk daripada magnet peti sejuk hiasan dan mempengaruhi makanan di dalamnya.

Kajian klinikal ketat membuktikan kumpulan tikus kedua yang diberi makanan daripada peti sejuk terlekat magnet peti hiasan, berkemungkinan 87 peratus lebih tinggi mendapat barah berbanding kumpulan tikus pertama. Justeru, beliau menasihatkan penulis menanggalkan segera semua magnet peti hiasan yang dilekatkan peti sejuk.

Berdasar kajian, penulis mendapati medan elektrik dan medan magnet ialah ruang atau kawasan tenaga radiasi dihasilkan elektrik dan berlaku pergerakan elektron atau arus elektrik melalui wayar yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Medan elektrik dihasilkan voltan iaitu sejenis tekanan mendorong elektron bergerak melalui wayar atau bahan konduktif seperti tembaga, perak, emas dan aluminum. Apabila voltan meningkat, medan elektrik bertambah kuat yang dinilai dalam unit volts per meter (V/m).

Artikel Berkaitan:

Radiasi

Medan magnet terhasil daripada aliran arus menerusi wayar atau alat elektrik. Kekuatan tenaga magnet meningkat jika nilai aliran arus meningkat.

Aliran arus elektrik menghasilkan medan magnet secara berterusan jika arus sentiasa mengalir melalui wayar atau bahan konduktif. Medan elektrik mudah dilindung atau dikawal dengan pembalut atau bahan penebat seperti plastik, gentian kaca, selulosa atau serat semula jadi. Sedangkan medan magnet dapat menembusi sebarang bahan seperti kayu, batu, kaca dan benda hidup.

Besi disebut lapan kali dalam al-Quran. Antaranya Surah al-Hadid [57:25] bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.

Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat kepada manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu dengan cara betul) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

Kesimpulannya, membeli magnet peti sejuk ketika bercuti di luar negara masih boleh diteruskan. Begitupun, lebih selamat kalau dilekatkan pada tempat jauh daripada bahan makanan. Pastikan yang dilekatkan di peti sejuk bukan daripada jenis neodymium atau elektromagnet kerana ia boleh menyebabkan kanser dan merosakkan sistem penyejukan peti sejuk.

* Profesor Madya Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor