PBB keluar amaran bahaya kecerdasan buatan

Saintis dan pakar telah mengisytiharkan AI sebagai ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear. - Foto 123RF
Saintis dan pakar telah mengisytiharkan AI sebagai ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear. - Foto 123RF
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres mengeluarkan amaran tentang bahaya kecerdasan buatan dan menggesa penubuhan sebuah badan kawal selia.

"Amaran mengenai bentuk terbaru kecerdasan buatan - AI generatif - agak membimbangkan.

"Saintis dan pakar telah menyeru dunia untuk bertindak, mengisytiharkan AI sebagai ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear. Kita mesti mengambil serius amaran itu," kata Guterres pada sidang media di New York pada Isnin, lapor Xinhua.

Guterres membentangkan laporan mengenai PBB membuat cadangan tentang cara menangani AI di seluruh dunia dan mengumumkan rancangan untuk mewujudkan badan penasihat peringkat tinggi mengenai isu itu.

Beliau turut menyokong penubuhan pihak berkuasa kawal selia, tetapi ia tidak boleh diwujudkan oleh beliau sahaja, melainkan dengan kerjasama negara anggota PBB.

Selain itu, beliau mencadangkan pihak berkuasa sedemikian mengambil ilham daripada peranan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sehingga ke hari ini. - Bernama-dpa