X

Kindly register in order to view this article
!

iHantar sedia bonus untuk pelanggan

KABEER
A
A

TERDAPAT pelbagai trend di pasaran pada masa ini dan perubahan tersebut bergerak dengan begitu pantas.

Syarikat-syarikat yang terlibat perlu mencari jalan untuk lebih menonjol dan melahirkan inovasi baharu berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain.

Syarikat penyedia perkhidmatan, Vertex Technology Solutions Sdn Bhd percaya bahawa inovasi akan memudahkan perkembangan syarikat dan akan meletakkan mereka di hati pelanggan tanpa mengira apa jenis perniagaan atau perkhidmatan yang disediakan.

Berpegang pada prinsip menyediakan rangkaian pengangkutan dan penghantaran mampu milik serta selamat untuk pengguna di Malaysia hanya dengan satu sentuhan jari, Vertex kini boleh berbangga dengan pelancaran aplikasi mudah alih baharu yang dikenali sebagai iHantar.

Pelancaran rasmi iHantar telah bermula pada 1 Jun lalu yang menawarkan servis pengambilan dan penghantaran barang pada hari yang sama.

Lebih membanggakan, syarikat itu juga mempunyai aplikasi e-hailing berlesen iaitu Ridez.

Vertex kini menjalankan promosi untuk menggalakkan pelanggan menggunakan aplikasi tersebut.

Pelanggan yang mengisi semula tambah nilai sebanyak RM50 akan mendapat bonus sebanyak RM5.

Bagi yang menambah nilai RM100 akan mendapat bonus RM15 dan sekiranya pelanggan mengisi semula dengan jumlah RM200, mereka akan mendapat bonus RM25.

Pengasas syarikat, Kabeer Maand berkata, pelanggan boleh bergantung kepada perkhidmatan penghantaran mampu milik itu bagi penghantaran ekspres, penghantaran barang yang besar, barang keperluan, makanan, barangan runcit, bekalan perubatan dan pelbagai jenis barang lain.

“Apabila pelanggan ingin membuat penghantaran barang dengan segera, kami harap iHantar akan menjadi salah satu daripada perkhidmatan tersebut dalam masa terdekat.

“Dalam dunia yang serba mudah ini, iHantar adalah aplikasi yang akan memudahkan lagi pengiriman barang-barang. Kami juga menawarkan harga yang berpatutan dan servis yang lengkap, bernilai tinggi serta mudah,” katanya.

Melalui iHantar, beliau berkata, pelanggan boleh memilih sama ada mahu menggunakan van, trak atau motosikal untuk menghantar barangan mereka.

Lebih menarik lagi, barangan yang dihantar boleh dijejaki menggunakan penjejakan masa yang disediakan.

“Pemandu kami juga berkelayakan dan telah disaring latar belakang mereka untuk memastikan mereka bebas jenayah.

iHantar juga menawarkan sistem khidmat pelanggan yang aktif, servis tempahan awal dan fasiliti penghantaran pelbagai tempat pada satu masa.

“Semua ini melibatkan pembayaran dalam talian tanpa penggunaan wang tunai. Pembelian dan pembayaran dalam talian merupakan normal baharu pada masa ini,” kata Kabeer.

Menurutnya, dalam masa kurang sebulan, iHantar telah berjaya mendapat lebih 1,000 rakan niaga dan beliau menjangkakan jumlah itu akan meningkat pada akhir tahun ini, malah lebih daripada 1,000 pemandu di seluruh Semenanjung Malaysia telah berdaftar dengan syarikat berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus