PRN: Trend peratusan keluar mengundi makin perlahan

Para pengundi menyemak nama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan. - Foto Bernama.
Para pengundi menyemak nama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan. - Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri mencatatkan trend penurunan selepas jam 12 tengah hari.

Berdasarkan kemas kini di laman sosial rasmi milik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi bagi setiap jam sehingga jam 2 petang adalah kurang daripada 10 peratus.

Statistik tersebut memaparkan empat negeri mencatatkan peratusan lebih daripada 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.

Antaranya Kedah iaitu sebanyak 56 peratus, Terengganu (56 peratus), Pulau Pinang (53 peratus) dan Selangor (51 peratus).

Bagi Negeri Sembilan pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 49 peratus dan diikuti Kelantan dengan 45 peratus.

Pada PRN enam negeri kali ini menyaksikan seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di Sebanyak 3,190 pusat pengundian bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan negeri baharu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: