'Tak perlu pakai topeng muka ketika joging, memandu seorang diri'

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai tidak perlu memakai topeng muka ketika melakukan aktiviti beriadah termasuk berjoging dan memandu kenderaan seorang diri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menyarankan orang ramai memakai topeng muka apabila berada di tempat awam atau pun bagi mereka yang bergejala.

"Tapi kalau kita bersendiri semasa joging (tidak perlu pakai topeng muka) pastikan semasa joging kalau boleh ada penjarakan, kalau dua meter dan tiga meter lagi bagus.

"Kalau kita memandu seorang dalam kereta juga tidak perlu pakai topeng muka. Inikah yang kita nasihatkan kepada rakyat Malaysia dalam pemakaian topeng muka," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pemakaian topeng muka dalam kalangan rakyat Malaysia perlu mengikut kesihatan individu.

Ini kerana terdapat laporan di China bahawa seorang rakyat di negara itu meninggal dunia ketika melakukan aktiviti di gimnasium akibat memakai topeng muka.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, tujuan utama pemakaian topeng adalah untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

"Jadi kalai kita boleh pastikan penjarakkan sosial, jadi kita tidak perlu pakai topeng muka ketika itu," katanya.

Artikel Berkaitan: