Covid-19: Pesakit akan didiscaj selepas 14 hari

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membenarkan pesakit wabak koronavirus (Covid-19) didiscaj dari wad selepas 14 hari menjalani rawatan meskipun ujian yang dilakukan sehari sebelum itu mendapati ia masih positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil susulan laporan terbaharu yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Menurutnya, selaras dengan itu juga, KKM akan mengeluarkan protokol terbaharu kepada pakar perubatan di hospital dalam menguruskan pesakit tersebut.

"Mengikut laporan WHO kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, (kadar) kebolehjangkitan mereka adalah sifar.

"Jadi dengan maklumat terbaharu yang kita dapati kalau selepas 14 hari walaupun Polymerase Chain Reaction (PCR) adalah positif (tetapi) kita boleh discaj pesakit tersebut.

"Ini ialah tindakan terbaharu atau maklumat terbaharu yang kita dapati dan kita juga akan mengubah protokol untuk kita menguruskan pesakit (Covid-19)," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang telah menerima rawatan 70 hari di hospital selepas dikesan positif Covid-19.

Sebelum ini, KKM menetapkan pesakit akan didiscaj sekiranya ujian yang dilakukan pada hari ke 13 mendapati mereka negatif.

Artikel Berkaitan:

Bagi yang diuji positif pada hari berkenaan, mereka akan terus diberikan rawatan di hospital.