Beraya dalam banjir

Salah sebuah rumah di Kampung Poh, di sini, dinaiki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi. - Foto: JBPM Perak
Salah sebuah rumah di Kampung Poh, di sini, dinaiki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi. - Foto: JBPM Perak
A
A
A

BIDOR - Lapan rumah di Kampung Poh, di sini dinaiki air sedalam 0.6 meter dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 9.59 pagi.

Namun, ketika sepasukan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor yang diketuai Pegawai Bomba Herman Hamid, air sudah mulai surut.

"Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang pemindahan mangsa penduduk biarpun air naik sehingga 0.6 meter di kawasan kediaman penduduk.

"Bagaimanapun anggota telah diarahkan untuk diarahkan membuat pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan paras air sungai berhampiran masih berada di paras berjaga-jaga," jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam perkembangan lain, pihak JBPM Perak turut menerima panggilan membabitkan kes pokok tumbang di kawasan Gopeng dan Tapah.

Anggota JBPM terus memantau keadaan dari semasa ke semasa berikutan paras air sungai berhampiran pada tahap berjaga-jaga. -Foto: JBPM Perak
Anggota JBPM terus memantau keadaan dari semasa ke semasa berikutan paras air sungai berhampiran pada tahap berjaga-jaga. -Foto: JBPM Perak

Panggilan pertama diterima pada jam 10.08 pagi membabitkan kejadian pokok tumbang merintangi jalan kedua-dua arah di Jalan Damai, Tapah.

Artikel Berkaitan:

Sepasukan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah membantu memotong pokok yang tumbang menggunakan gergaji berantai dan mengalihkannya ke tepi jalan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, V Andrew itu tamat pada jam 10.46 pagi.

Sementara itu, panggilan kedua diterima jam 11.15 pagi melibatkan kejadian pokok tumbang menimpa kabel elektrik di Kampung Gunung Mesah, Gopeng.

Operasi memotong pokok tersebut dilakukan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dengan bantuan daripada pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Operasi berkenaan tamat jam 11.49 pagi dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shahpri Saharudin.