47 samseng jalanan ditahan malam raya

Seramai 47 lelaki ditahan kerana terlibat lumba haram, mempamerkan aksi berbahaya dan melakukan pelbagai kesalahan di Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor malam semalam.
Seramai 47 lelaki ditahan kerana terlibat lumba haram, mempamerkan aksi berbahaya dan melakukan pelbagai kesalahan di Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor malam semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 47 lelaki ditahan kerana terlibat dengan kegiatan lumba haram di Kilometer 24, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Bandar Penawar dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, mereka ditahan semasa Ops Cegah Lumba Haram oleh sepasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Balai Polis Adela pada jam 1 pagi.

"Semua lelaki yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 30 tahun, mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

"Sebanyak 96 saman trafik dikeluarkan atas arahan tiada lesen memandu, tiada cukai kenderaan, kenderaan tiada perlindungan insurans serta kesalahan mengubah suai kenderaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 26 buah motosikal disita dalam operasi berkenaan.

Katanya, kesemua mereka dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti terlarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga bulan atau denda RM300 hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kes juga disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: