PATI di depot tahanan jalani ujian swab

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan Semenyeh menjalani ujian swab susulan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini seramai 60 PATI di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil telah dihantar ke pusat hospital sementara Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang.

"Kita dimaklumkan kluster Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil melibatkan PATI yang ditahan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan kemudian tahanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Masjid India ditempatkan di situ. Kesemua tahanan ditempatkan dalam satu dewan dan itu mungkin penyebab jangkitan berlaku.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen sudah menghantar 60 orang yang positif ke hospital sementara di Maeps Serdangdan KKM sedang membuat saringan untuk keseluruhan 1,200 PATI," " katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Selain itu katanya, seramai 114 pegawai dan petugas terbabit telah menjalani ujian swab serta didapati negatif.

Katanya, di depot Semenyeh seramai 1,600 PATI menjalani ujian itu dan kesemua pegawai di depot tahanan Imigresen menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE).

Artikel Berkaitan: