X

Kindly register in order to view this article
!

Dengkil, Sepang, Dengkil kembali ke zon kuning

Selangor mencatatkan pertambahan kes aktif Covid-19
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan pertambahan kes aktif Covid-19 apabila tiga mukim yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon hijau bertukar kepada zon kuning semalam.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi siaran rasmi Facebook memaklumkan tiga mukim zon hijau mencatatkan kes aktif baharu iaitu Dengkil, Sepang dan Hulu Kelang yang menjadikan statusnya kembali semula ke zon kuning.

"Sehingga jam 12 tengah hari, Sepang merekodkan tiga kes aktif, sementara Dengkil dan Hulu Kelang masing-masing satu kes.

"Kuala Langat pula terus mengekalkan zon hijau manakala Hulu Langat mempunyai kes aktif paling banyak iaitu 35 kes diikuti Petaling (22), Gombak (19), Hulu Selangor (11), Kuala Selangor (lapan), Klang (enam), Sepang (lima) dan Sabak Bernam (tiga)," katanya.

Katanya, sebanyak lapan kes baharu dilaporkan menjadikan kes keseluruhan di Selangor berjumlah 1,673 kes.

"Kami mendapati ada sebahagian warganegara yang degil dan cuba merentas negeri untuk balik beraya di kampung.

"Anda patut tahu perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab serta membuatkan pengorbanan warganegara yang berdisiplin itu menjadi sia-sia.

"Jangan pentingkan diri sendiri dan berfikiran singkat, kes baru boleh naik semula kerana perbuatan tidak bertanggungjawab ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus