X

Kindly register in order to view this article
!

Sumbangan al-Quran wakaf terus diperkasakan

Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (dua, kanan) menyerahkan 10,000 naskhah al-Quran kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kementerian Pertahanan hari ini. - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha 'mengqurankan bangsa, mengikhlaskan ummah' menerusi program Wakaf al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) terus diperkasakan.

Terbaru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima simbolik penyerahan 10,000 naskhah al-Quran untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kementerian Pertahanan di sini.

Simbolik penyampaian al-Quran dilakukan oleh Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Sebelum ini sumbangan 10,000 naskhah al-Quran diserahkan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Kagat dalam reaksi balas menyambut baik pemberian al-Quran wakaf itu selaras dengan visi 'satu Al-Quran, satu tentera' yang disasarkan.

Inisiatif tersebut juga diharap mampu memantapkan elemen kerohanian anggota ATM selaku benteng pertahanan negara yang unggul berteraskan kitab suci al-Quran.

Sementara itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menerima sumbangan 2,500 al-Quran wakaf disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah di Ibu Pejabat AADK di Bangi.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah (tiga dari kanan) menyampaikan 2m000 naskhah al-Quran yang diwakafkan kepada Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkiflie hari ini. - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah (tiga dari kanan) menyampaikan 2m000 naskhah al-Quran yang diwakafkan kepada Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkiflie hari ini. - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, beliau amat berbesar hati dengan sumbangan yang diyakini mampu memberi faedah besar khususnya kepada klien AADK di 30 pusat pemulihan seluruh negara.

Pada masa sama katanya, ia juga dapat dimanfaatkan oleh warga kerja AADK bagi memperkukuhkan aspek kerohanian dengan mengamalkan bacaan al-Quran setiap hari.

"Salah satu komponen penting untuk pemulihan ialah psikososial berteraskan keagamaan, kerohanian untuk kekal pulih," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!