Masih mampu tersenyum di sebalik derita

Zarani menyampaikan sumbangan kepada Azlan
Zarani menyampaikan sumbangan kepada Azlan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Di sebalik kesakitan yang ditanggung, Azlan Bahrum, 36, yang menderita sakit gout kronik dan buah pinggang masih mampu tersenyum dan menyantuni mereka yang hadir menziarahinya.

Sejak kisahnya tular, bekas jurugambar Utusan Malaysia tidak putus-putus menerima kunjungan pihak yang bersimpati dengannya, selain menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggungnya sekeluarga.

Terbaharu, Dewan Muslimat Pas Terengganu yang diketuai ketuanya, Toh Puan Zarani Othman turut menziarah bagi melihat sendiri perkembangan bapa kepada tiga anak itu.

"Kami rasa terpanggil untuk tampil membantu setelah mengetahui penderitaan yang dia alami. Bertugas sebagai media sebelum ini, Azlan juga banyak membantu dalam membuat liputan aktiviti kami.

"Bantuan yang diberikan ini adalah sebagai rasa tanggungjawab dan kecaknaan sesama insan untuk membantu sahabat-sahabat yang memerlukan," katanya kepada Sinar Harian.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Nor dan wakil Muslimat Terengganu.

Azlan dan Norhaspida (tengah) sewaktu menerima kunjungan wakil Muslimat Pas Terengganu.
Azlan dan Norhaspida (tengah) sewaktu menerima kunjungan wakil Muslimat Pas Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa babah tak sama macam ayah lain?

Artikel Berkaitan:

Perkeso bantu bekas jurugambar Utusan Malaysia sakit kronik

Sementara itu, isteri Azlan, Norhaspida Yatim, 34, yang juga wartawan Sinar Harian menzahirkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan pelbagai pihak terhadapnya sekeluarga.

"Saya rasa cukup terharu dengan keprihatinan semua yang membantu, hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya. Sebagai isteri, saya akan cuba untuk terus kuat dalam mengharungi dugaan ini bersama-sama.

"Saya dan anak-anak tidak akan putus asa terhadapnya dan berdoa semoga dia akan cepat pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.