Warga Indonesia ditahan cuba seludup 500 karton rokok

Anggota polis merampas 500 rokok seludup yang daripada seorang lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi hari ini.
Anggota polis merampas 500 rokok seludup yang daripada seorang lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan rokok seludup bernilai kira-kira RM50,000 dirampas dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak, Jalan Felda Gugusan Adela, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Ashmon Bajah berkata, lelaki warga Indonesia itu ditahan ketika memandu Proton Waja oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada jam 8 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan telah merampas 10 kotak besar mengandungi 500 karton rokok seludup pelbagai jenama yang disorokkan dalam kenderaan tersebut.

"Semasa ditahan lelaki berusia 35 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke IPD Kota Tinggi sebelum direman selama 14 hari sehingga 3 Jun ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum 10 kali nilai rampasan atau RM10,000 atau penjara atau lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Suspek juga katanya, disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau tiga kali sebatan.

Ashmon berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersekongkol dengan kegiatan tersebut.

Artikel Berkaitan: