Cerpelai sebar Covid-19 di Belanda

Kajian dilakukan penyelidik juga mendapati Covid-19 mengakibatkan radang paru-paru pada cerpelai yang boleh disebarkan antara satu sama lain walaupun diletakkan dalam sangkar berasingan dengan halangan tidak boleh ditembusi. - Foto AGENSI
Kajian dilakukan penyelidik juga mendapati Covid-19 mengakibatkan radang paru-paru pada cerpelai yang boleh disebarkan antara satu sama lain walaupun diletakkan dalam sangkar berasingan dengan halangan tidak boleh ditembusi. - Foto AGENSI
A
A
A

AMSTERDAM - Belanda akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai di negara itu selepas seorang individu dipercayai dijangkiti koronavirus (Covid-19) daripada haiwan tersebut.

Lewat semalam, kerajaan menegaskan pemeriksaan haiwan itu adalah diwajibkan untuk kesihatan pekerja susulan jangkitan virus itu yang menunjukkan cerpelai sebagai sumbernya.

Difahamkan, mamalia semi akuatik itu diternak di lebih 130 ladang di seluruh negara.

Kes jangkitan itu dilaporkan berlaku di salah satu daripada dua ladang di bandar Eindhoven di mana wabak itu pada mulanya ditemui dalam kalangan spesies terbabit yang dibiakkan untuk bulu haiwan itu yang berharga.

Ketua Jabatan Virosains di Erasmus University Medical Center di Rotterdam, Marion Koopmans berkata, siasatan awal mereka mendapati salah seorang pekerja mendapat jangkitan daripada cerpelai.

Penularan wabak dalam kumpulan haiwan itu bermula 19 April lalu apabila simptom penyakit pernafasan berlaku pada cerpelai di dua ladang yang terletak berhampiran satu sama lain di wilayah Noord-brabant dekat sempadan Belgium.

Sehingga akhir bulan lalu, 2.4 peratus cerpelai dilaporkan mati di ladang pertama dan 1.2 peratus lagi di ladang kedua.

Kajian dilakukan penyelidik juga mendapati Covid-19 mengakibatkan radang paru-paru pada cerpelai yang boleh disebarkan antara satu sama lain walaupun diletakkan dalam sangkar berasingan dengan halangan tidak boleh ditembusi.

Artikel Berkaitan:

Laporan mereka menunjukkan virus itu mungkin disebarkan secara tidak langsung melalui makanan atau sangkar tercemar oleh titisan daripada haiwan dijangkiti. - Agensi