Hazard tekad bangkit semula

Pemain sayap Real Madrid, Eden Hazard
Pemain sayap Real Madrid, Eden Hazard
A
A
A

PEMAIN sayap Real Madrid, Eden Hazard mengakui harus bekerja keras untuk mengembalikan semula tahap permainannya selepas dibelenggu kecederaan buku lali pada Februari lalu.

Menurutnya, dia telah memulakan latihan selepas pulih daripada kecederaan tersebut dan perlu menggandakan corak latihan untuk kembali bersaing dalam kesebelasan utama Madrid.

“Saya rasa sangat baik dan seronok dapat kembali ke padang dan menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan. Sekarang kami hanya perlu menunggu liga bersambung semula.

“Selepas dua bulan tidak beraksi, saya perlu memperbanyakkan latihan fizikal dan sentuhan bola. Saya mahu bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Eden Hazard
Eden Hazard

Kapten skuad kebangsaan Belgium itu telah menjalani pembedahan buku lali pada awal Mac selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga Sepanyol menentang Levante.

Hazard melalui musim kurang memuaskan sejak tiba di Santiago Bernabeu daripada Chelsea tahun lalu dengan hanya merekodkan satu gol daripada 15 penampilan setakat ini.

“Musim pertama saya di sini tidak terlalu baik, tetapi ia tidaklah buruk. Ia musim untuk saya menyesuaikan diri dan semua pihak perlu menilai saya pada musim kedua saya di sini.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin prestasi saya akan bertambah baik musim depan dan mampu memberikan impak kepada pasukan,” kata bekas bintang Chelsea itu.