Caj kuarantin hotel dikenakan mulai 1 Jun

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu negara bermula 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai pihaknya menerusi Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

"Bagi warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara mereka akan dikenakan caj kuarantin hotel sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh iaitu pada siling RM150 sehari.

"Bagi bukan warganegara Malaysia (dependant)/permastautin tetap mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya sebanyak RM150 sehari," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Selain itu katanya, Sidang MKN juga membuat keputusan untuk mewajibkan semua yang ingin pulang ke Malaysia untuk menandatangani Surat Setuju Pembayaran 50 peratus bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus bagi bukan warganegara Malaysia melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat.

"Ia susulan terdapat ramai di kalangan bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia apabila pulang ke tanah air mereka enggan bayar.

"Jadi kita putuskan mereka perlu tandatangani surat akujanji setuju pembayaran sebelum pulang ke sini," katanya.

Menurutnya, Pejabat Kedutaan Malaysia juga akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk pulang ke Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang.

Artikel Berkaitan: