Lapan nelayan warga asing ditahan bersama 1.2 tan ikan

Dua buah bot nelayan yang dirampas dari lapan nelayan warga asing semalam.
Dua buah bot nelayan yang dirampas dari lapan nelayan warga asing semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua tekong bersama lapan awak-awak warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua warga asing itu ditahan bersama dua buah bot nelayan di Barat Daya Pulau Kendi.

Menurutnya, kesemua nelayan itu ditahan pada jam 2.45 petang oleh kapal peronda Maritim Malaysia Pulau Pinang yang sedang membuat rondaan petang semalam.

"Dalam tempoh kurang 24 jam selepas penahanan sebuah bot nelayan tempatan semalam, kapal peronda Maritim Malaysia Pulau Pinang sekali lagi berjaya menahan dua buah lagi bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar syarat lesen perikanan.

Dua buah bot nelayan yang dirampas dari lapan nelayan warga asing semalam.
Dua buah bot nelayan yang dirampas dari lapan nelayan warga asing semalam.

"Bot itu didapati melanggar syarat itu kerana menangkap ikan di bawah 15 batu nautika. Kedua-dua bot tersebut juga didapati melakukan aktiviti menunda pada jarak lebih kurang 12.5 batu nautika dari Barat Daya Pulau Kendi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan pada kedua-dua bot tersebut, terdapat empat buah pukat dan ikan campuran anggaran berat 1,200 kg.

"Sebanyak 1.2 tan ikan dirampas dan kesemua warga asing itu ditahan. Mereka dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai terdekat," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menahan tiga buah bot nelayan tempatan dalam masa dua hari.

"Kesemua bot yang ditahan didapati telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon ditetapkan.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan nelayan agar merujuk kepada Jabatan Perikanan Malaysia berkenaan syarat-syarat lesen perikanan supaya tidak timbul salah faham dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.

"Selain itu, ia dapat menjaga sumber ikan supaya tidak ketandusan atas sikap segelintir pengusaha bot nelayan yang tamak dan tidak prihatin dengan keadaan sumber ikan yang semakin berkurangan," katanya.