Daerah Kerian pula dilanda banjir

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Kerian membabitkan pembukaan dua PPS di Mukim Beriah dan Gunung Semanggol sejak semalam. - Foto ihsan APM Perak
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Kerian membabitkan pembukaan dua PPS di Mukim Beriah dan Gunung Semanggol sejak semalam. - Foto ihsan APM Perak
A
A
A

IPOH - Daerah Kerian menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Perak dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak dalam satu kenyataan berkata, kawasan yang terlibat adalah di dua mukim iaitu Beriah dan Gunung Semanggol melibatkan 33 mangsa.

Menurutnya, PPS pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak pada jam 7 malam membabitkan 23 orang daripada empat keluarga di Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai-Selama.

Daerah Kerian menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Perak. - Foto ihsan APM Perak
Daerah Kerian menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Perak. - Foto ihsan APM Perak

"PPS kedua pula dibuka pada jam 10 malam di SK Parit Haji Aman yang menempatkan seramai 10 orang mangsa dari Parit 3, Kampung Alor Setanggok.

"Setakat ini terdapat 33 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga yang dipindahkan ke PPS tersebut," menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan lain, dua PPS yang dibuka sebelum ini iaitu di SK Kuala Slim, Slim River dan SK Tebing Tinggi, Selama ditutup.

PPS di SK Kuala Slim yang menempatkan seramai 25 mangsa banjir ditutup jam 8.20 malam tadi manakala PPS di SK Tebing Tinggi yang menempatkan seramai 24 mangsa ditutup jam 7.30 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: