TNB peruntukan RM7.7 juta kos projek Baiti Janati

Aminuddin (tengah) bersama kanak-kanak yang menerima bantuan peralatan sekolah.
Aminuddin (tengah) bersama kanak-kanak yang menerima bantuan peralatan sekolah.
A
A
A

PORT DICKSON - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM7.7 juta bagi projek Baiti Janati di seluruh negara membabitkan 167 asnaf pada tahun ini.

Pengurus Bahagian Korporat TNB, Datuk Aminuddin Amin berkata, daripada jumlah tersebut, empat buah rumah dibina di Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan sebanyak RM200,000.

"Tahun ini, kita sasarkan bina 167 rumah melalui projek Baiti Jannati di seluruh negara. Asnaf yang bakal menerima rumah itu telah pun kita kenal pasti melalui kerjasama Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

"Kita berharap bantuan yang diberi ini dapat membantu meringankan beban mereka, secara tidak langsung beri peluang kepada keluarga ini hidup dengan lebih baik.

"Kita juga menyediakan dua buah rumah mesra rakyat di setiap negeri yang diperuntukkan kepada kaum India dan Cina," katanya.

No Image Caption

Beliau berkata demikian selepas Program Back To School TNB dan Penyerahan Kunci Rumah Baiti Jannati di Kompleks Daerah Port Dickson di sini, semalam.

Seramai 100 kanak-kanak seluruh Port Dickson hadir menerima sumbangan keperluan termasuk beg sekolah.

Artikel Berkaitan:

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada TNB atas usaha melaksanakan projek rumah Baiti Jannati ini, bagi membantu keluarga yang memerlukan.

"Dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat dan membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik serta berkualiti," katanya.

Projek Baiti Jannati bermula pada 2008, yang memberi fokus membaik pulih dan membina rumah-rumah baharu untuk golongan asnaf yang terpilih.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 535 rumah di seluruh Semenanjung mendapat manfaat melalui program ini dengan kos perbelanjaan mencecah RM22 juta.