Singapura lapor 682 kes baharu Covid-19

Peningkatan kes yang banyak di Singapura melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
Peningkatan kes yang banyak di Singapura melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengesahkan 682 kes baharu koronavirus (Covid-19), dengan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Data awal setakat tengah hari ini mencatatkan jumlah kes di republik ini seramai 28,038 orang.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan mengumumkan peningkatan yang banyak itu melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing.

Kementerian itu masih mengkaji butiran kes berkenaan dan akan dikemaskini kemudian hari ini.

Singapura mengklafikasi kes kepada 1,306 kes komuniti, 580 kes import, 361 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 25,109 kes pekerja asing yang ditempatkan di asrama. - Bernama

Artikel Berkaitan: