2,163 penduduk PJ Old Town sudah jalani saringan Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan PJ Old Town bermula 10 Mei lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan PJ Old Town bermula 10 Mei lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 2,163 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PJ Old Town di sini telah menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 10 Mei lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, daripada jumlah itu, 601 orang merupakan warga asing.

“Saringan di zon A, B, C telah selesai sepenuhnya dan keputusan akan diketahui esok.

"Setakat hari ini sebanyak 1,500 keputusan saringan sampel Covid-19 telah diperoleh dan seorang sahaja yang positif Covid-19 melibatkan warganegara tempatan semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan penduduk terlibat PKPD agar terus bersabar dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi terlibat.

“Bagi yang tidak terlibat dengan PKPD dikehendaki terus mematuhi PKPB,” katanya.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubung Bilik Gerakan PKPD Pasar Jalan Othman Petaling Jaya di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam.

Artikel Berkaitan: