Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas RM1,000

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 18,500 kakitangan kerajaan negeri Gred 56 ke bawah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain itu, setiausaha dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di 371 kampung tradisi juga akan turut menerima manfaat dengan pemberian berjumlah RM300 secara one-off.

Menurutnya, implikasi kewangan bagi pemberian bantuan khas ini adalah berjumlah RM19.835 juta secara keseluruhan dan pembayaran akan dibuat bermula 9 Jun nanti.

"Mengambil kira pengorbanan mereka yang bekerja tanpa penat lelah ini, kerajaan negeri bersetuju memberikan RM1,000 secara one-off sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua termasuk petugas barisan hadapan dan mereka yang bekerja 24 jam di Bilik Gerakan Covid-19 daripada Gred 56 ke bawah," katanya pada sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: