Cubaan curi kayu ketika PKPB gagal

Tunggul pokok meranti tembaga bersama 209 keping kayu yang telah ditukar bentuk menjadi kayu sedia ada pelbagai saiz ditemui di lokasi.
Tunggul pokok meranti tembaga bersama 209 keping kayu yang telah ditukar bentuk menjadi kayu sedia ada pelbagai saiz ditemui di lokasi.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Jabatan Perhutanan Perak menggagalkan cubaan satu curi kayu dalam satu serbuan di Kompartmen 3, Hutan Simpan Piah di sini hari ini.

Serbuan yang dibuat hasil risikan dan maklumat awam itu menemukan satu tunggul pokok meranti tembaga bersama 209 keping kayu yang ditukar bentuk menjadi kayu sedia ada pelbagai saiz.

Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, sindiket pengambilan hasil hutan itu dipercayai dijalankan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kita percaya pihak yang terlibat ini merancang memindah keluar kayu berkenaan dalam masa terdekat, namun tiada sebarang jentera dan individu yang disyaki berada di lokasi semasa serbuan dijalankan.

"Kesemua kayu dengan nilai pasaran dianggarkan RM20,000 ini telah disita dan dibawa ke stor rampasan bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tunggul pokok meranti tembaga bersama 209 keping kayu yang telah ditukarbentuk menjadi kayu sedia ada pelbagai saiz ditemui di lokasi serbuan
Tunggul pokok meranti tembaga bersama 209 keping kayu yang telah ditukarbentuk menjadi kayu sedia ada pelbagai saiz ditemui di lokasi serbuan

Menurutnya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Siput berhubung penemuan kes itu dan suspek yang disyaki melakukan aktiviti berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984.

"Pihak jabatan akan meneruskan siasatan dan menangkap suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket ini kerana telah mencuri hasil hutan negara.

Artikel Berkaitan:

"Akta Perhutanan Negara 1984 akan terus dikuatkuasakan melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh PKPB ini," katanya.