Golongan muda dalam bidang pertanian minat keusahawanan

A
A
A

PUTRAJAYA - Kajian yang dijalankan Khazanah Research Institute (KRI) dalam KRI Discussion Paper mendapati golongan muda yang terlibat dalam bidang pertanian di Malaysia lebih berminat ke arah keusahawanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kajian yang diterbitkan pada 27 April 2020 itu menunjukkan anak muda bukan sahaja menjadi peladang, penternak dan nelayan, tetapi turut memasarkan dan menjual produk pertanian sendiri," katanya.

"Menyedari perkara ini, kementerian melalui Program Agropreneur Muda (PAM) menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20,000, dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga RM200,000 melalui Agrobank dan TEKUN Nasional dengan kadar faedah dua peratus sahaja.

"Inisiatif ini untuk membantu golongan muda sama ada untuk memulakan projek pertanian baharu atau untuk mengembangkan projek pertanian sedia ada," katanya selepas majlis penyampaian Geran Agropreneur Muda (GAM) fasa pertama tahun 2020 di bawah PAM di sini hari ini.

Menurut kajian KRI itu, hanya 15 peratus daripada ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berumur di bawah 40 tahun, manakala 45 peratus berumur 60 tahun ke atas.

Program Agropreneur Muda (PAM) menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20,000, dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga RM200,000 melalui Agrobank dan TEKUN Nasional dengan kadar faedah dua peratus sahaja. Gambar hiasan.
Program Agropreneur Muda (PAM) menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM20,000, dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga RM200,000 melalui Agrobank dan TEKUN Nasional dengan kadar faedah dua peratus sahaja. Gambar hiasan.

Dalam pada itu, Ronald berkata, seramai 238 pemohon GAM fasa pertama tahun ini yang terlibat dalam rantaian nilai iaitu bidang tanaman, ternakan, perikanan dan industri makanan telah diluluskan dengan nilai geran sebanyak RM4.01 juta.

"Pada tahun ini, katanya kementerian diperuntukkan sebanyak RM20 juta dengan sasaran untuk membangunkan seramai 1,200 orang agropreneur muda.

Artikel Berkaitan:

"GAM tahun ini membabitkan tiga fasa dan fasa kedua telah dibuka untuk permohonan dari 1 Mei hingga 31 Mei manakala permohonan untuk fasa ketiga akan dibuka pada 1 September hingga 30 Sepember ini," katanya.

Menurutnya, seramai 5,767 orang diberikan bantuan geran GAM sejak 2016 hingga 2019 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM100.3 juta. - Bernama