Penjawat awam Kedah terima bonus Aidilfitri

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir - Foto Bernama
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Berita gembira buat lebih 5,000 penjawat awam di negeri ini apabila bakal menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan, pemberian itu turut diberikan kepada kakitangan kontrak.

Menurutnya, bayaran itu akan dibuat pada 20 Mei ini.

"Kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menerima bantuan tersebut dan akan diuruskan PBT masing-masing," katanya, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.

Bantuan khas Aidilfitri tersebut sebelum ini turut diberikan kepada penjawat awam negeri ini pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: