Banjir kilat di Changlun, 26 mangsa dipindahkan ke PPS

Anggota APM membantu memindahkan seorang pesakit lumpuh yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di dua buah kampung di Changlun pada malam Sabtu.
Anggota APM membantu memindahkan seorang pesakit lumpuh yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di dua buah kampung di Changlun pada malam Sabtu.
A
A
A

CHANGLUN - Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Lembah Keriang, di sini selepas dua kampung di Mukim Temin dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang Sabtu.

PPS berkenaan dibuka pada jam 11 malam Sabtu bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru.

Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Lembah Keriang, Changlun.
Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Lembah Keriang, Changlun.

Menurutnya, jumlah mangsa melibatkan lelaki, wanita, kanak-kanak, seorang bayi serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

“Setakat ini, trend air semakin naik dan pelbagai agensi terbabit dalam operasi pemindahan mangsa.

“Antara agensi yang terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), selain penghulu dan agensi lain berkaitan,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, pemantauan serta operasi berkaitan dilaksanakan bagi membantu penduduk yang terjejas susulan kejadian banjir kilat itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!