Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM44.6 juta

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kanan) berkenan menerima replika cek zakat perniagaan bernilai RM2,458,973.23 daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Soffan Affendi Aminudin (dua dari kiri) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), pada satu majlis di Istana Bukit Kayangan hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM44.6 juta daripada 12 syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada satu majlis di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Syarikat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji (RM24.2 juta), Central Sugars Refinery Sdn Bhd (RM5 juta), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2.66 juta), Menteri Besar Selangor Incorporated (RM2.45 juta), Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (RM2 juta), Ekuiti Nasional Berhad (RM1.7 juta) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (RM1.52 juta).

Turut membayar zakat perniagaan adalah Malaysian Allied Health Sciences Academy Sdn Bhd (RM1.32 juta), Bank Islam Malaysia Berhad (RM1.21 juta), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1 juta), Sime Darby Property Berhad (RM1 juta) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (RM504,526).

Kesemua syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2018, 2019 dan 2020.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop. - Bernama

Artikel Berkaitan: